INGRESS Auto Sdn Bhd (Ingress Auto)
yang dilantik sebagai pengedar terbaru bagi kereta
BMW di Malaysia, akan membuka pusat jualan, khidmat,
sistem dan alat ganti (4S) barunya berharga RM30
juta dalam suku pertama 2007.
Pengerusi Eksekutif Ingress Auto,
Rameli Musa berkata, pusat 4S itu akan dibiayai
daripada dana yang dijana secara dalaman syarikat
itu.
Dengan kawasan binaan 9,783 meter
persegi, pusat 4S itu akan terletak di lokasi yang
strategik iaitu di Jalan Damansara, berhadapan Lebuhraya
Damansara Puchong (LDP) dan setentang Mutiara Damansara.
Rameli berkata, dengan pelantikan
itu Ingress Auto berazam menjadi penyumbang penting
kepada jenama premium dalam industri kereta Malaysia.
Ingress Auto, anak syarikat milik
penuh Ingress Corporation terbabit dalam pengeluaran
komponen automotif dan menjadi pengedar keenam BMW
di negara ini.
|