Features - News
 
12 July 2005  ~ Berita Harian
By Diyana Rose Kamalludeen
"Vendor bumiputera berpotensi - Mereka harus diberi galakan dan motivasi"

"Usahawan bumiputera tidak memerlukan sebarang perlindungan untuk maju dan berdaya saing.

"Bagaimanapun, mereka perlu diberi insentif bagi membolehkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan untuk meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan," kata Naib Pengerusi Eksekutif Ingress Corporation Berhad (Ingress), Rameli Musa.

Beliau percaya bahawa antara langkah kerajaan kerajaan untuk membantu memajukan dilakukan melalui pemberian insentif bagi menggalakkan mereka melibatkan diri dalam R&D.

Menurutnya, secara umum R&D memerlukan kepakaran di mana kebanyakan usahawan sudah pun memiliki kelebihan tersebut.

Namun kata beliau, mereka masih memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk melengkapkan peralatan bagi menjalankan kajian serta penyelidikan produk masing-masing untuk mendapatkan kualiti terbaik.

Rameli berkata, R&D merupakan komponen penting dalam operasi Ingress sebagai usaha meningkatkan kualiti dan inovasi syarikat multinasional itu.

RAMELI MUSA yakin Kumpulan Ingress akan mengukuh di rantau Asia.

Sebagai salah sebuah pengeluar komponen automotif terkemuka di rantau Asia, Ingress menyediakan penyelesaian kejuruteraan berinovatif dan tenaga pakar kepada pengeluar kereta ternama dalam industri automotif.

"Kami memperuntukkan kira-kira dua hingga tiga peratus dari jumlah keuntungan automotif atau empat hingga lima juta setahun untuk tuhuan R&D

"Untuk tujuan latihan pula sebanyak empat hingga lima juta diperuntukkan setiap tahun," jelas beliau. 

Ingress turut menyediakan bantuan dari segi tenaga pakar, kewangan serta pengurusan kepada usahawan vendor industri kecil dan sederhana (IKS) bumiputera.

Syarikat itu menyertai fasa pertama Program Pembangunan Vendor (PPV) yang merupakan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan Proton dalam usaha membangunkan vendor IKS Bumiputera.

Menurut Rameli, melalui PPV syarikat itu memberi bantuan dalam dua sektor, iaitu kejuruteraan kuasa dan elektrifikasi landasan (PER) serta minyak dan gas.

"Sebanyak tiga syarikat (usahawan bumiputera) telah ditugaskan untuk mengendali projek kuasa hidro di bawah sektor PER, sementara dua lagi bagi sektor minyak da gas.

"Syarikat tersebut masing-masing mempunyai kepakaran, Ingress menyalurkan bantuan kewangan dan kepakaran pengurusan dari segi kajian secara terperinci untuk membimbing mereka sebelum projek tersebut dilaksanakan," tambahnya.

Ketika ditanya mengenai rancangan untuk mengadakan usaha sama dengan lebih banyak syarikat usahawan bumiputera katanya: " Kita sentiasa terbuka untuk cadangan dari usahawan bumiputera, tetapi pada masa ini kami memberi tumpuan penuh kepada (usahawan) yang ada sebelum melihat kepada aktiviti lain."

Beliau turut mengakui terdapat potensi pada vendor bumiputera dari segi kepakaran dan mereka harus sentiasa diberi galakan dan motivasi bagi membolehkan mereka pergi ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagaimanapun katanya, pencapaian tersebut masih dinilai pada peringkat permulaan memandangkan keadaan ekonomi kini  tidak sepesat dahulu.

PPV dilancarkan pada penghujung tahun 1988 sebagai salah satu usaha kerajaan membangunkan usahawan IKS menjadi pengilang dan pembekal komponen atau pun perkhidmatan yang kompetitif kepada syarikat-syarikat besar dan syarikat multinasional.

Fasa pertama PPV dilaksanakan dengan kerjasama Proton yang bertujuan membangunkan syarikat vendor sebagai pembuat dan pembekal komponen kereta.

Program tersebut mendapat penyertaan daripada 86 syarikat multinasional dan 16 institusi kewangan sebagai pembiaya utama dalam membangunkan 365 buah syarikat vendor dalam pelbagai bidang dan industri.

Pada 14 Julai lalu, fasa kedua program tersebut telah dilancarkan juga sebagai penambahan penglibatan syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat besar tempatan.

Sebagai salah sebuah syarikat yang menyertai PPV dan berada di bawah Proton, Ingress menjadi salah sebuah pembuat komponen automotif selepas mula membuat acuan besi (moulding) untuk Proton Wira pada tahun 1992.

Pencapaian syarikat multinasional yang kini mempunyai empat buah kilang di Malaysia dan tiga kilang di Thailand itu dicapai melalui keupayaan sektor kejuruteraannya yang berpandukan penyelesaian berkesan, inovatif dan versatil.

Pertumbuhan syarikat-syarikat di bawah Ingress bermula dengan Ingress Engineering Sdn.Bhd. (Ingress Engineering) yang terlibat dalam pembikinan co-extruded mouldings.

Pada tahun 1995, Ingress Precision Sdn.Bhd. (Ingress Precision) beroperasi membuat bingkai pintu, sementara Ingress Technologies Sdn.Bhd, (Ingress Technologies) terlibat dengan industri pemasangan pintu pada 1999 yang dilakukan sepenuhnya oleh sistem robot rekaan kakitangannya.

R&D kumpulan syarikat itu pula dijalankan oleh Ingress Research Sdn.Bhd. (Ingress Research) mulai tahun 1997 selain menyediakan produk perkhidmatan kejuruteraan, CAD, pengeluaran alat-alat dan rekaan serta pembangunan produk.

Ingress juga mengeluarkan komponen bagi Wira, Waja, Perdana dan lain. Hasil sokongan tahap tenaga kerja yang cemerlangan, Ingress dalam industri Automobil.

Kepakaran kuasa trend pemasangan membawa industri pasaran tempatan yang banyak dan utama dengan keperluan di rantau ini.