Features - News
 
Thursday,23 July 2009  ~ Harian Metro
 
Ingress jangka pendapatan naik

INGRESS Corporation Bhd (Ingress), pengeluar bahagian komponen kereta mensasarkan pendapatan lebih tinggi bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Januari 2010, walaupun berdepan dengan keadaan kelembapan ekonomi global ketika ini.

Naib Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Rameli Musa berkata, syarikat itu rnw jangka sumbangan positif daripada Proton Exora dan Perodua yang bakal melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama tidak lama lagi.

Ingress ialah syarikat yang membekalkan bahagian komponen kepada pengeluar kereta Proton dan Perodua serta syarikat automotif lain.

"Syarikat juga mensasarkan sumbangan kukuh daripada operasi pengedaran automotif premiunmya (PAD)," katanya selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari, 2009, Ingress mencatat pendapatan tinggi RM569.551 juta berbanding RM 398.862 juta pada tempoh sama sebelumnya.

Mengenai operasi bukan automotif, Rameli berkata, syarikat itu memperoleh kontrak bekalan elektrik dan bekalan. kuasa RM1 bilion bagi projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar.

Selain itu, beliau berkata, syarikat itu juga menender serahan bagi kontrak bernilai RM847 juta.