| PENGELUAR
komponen automotif, Ingress Corporation Berhad,
akan cuba mengekalkan keuntungannya bagi 2004 pada
paras tahun kewangan lalu meskipun industri automotif
menghadapi masa yang sukar pada 2003/2004 dengan
permintaan yang turun naik.
Bagaimanapun, syarikat itu menjangka
masa depan akan cerah selepas Kawasan Perdagangan
Bebas Asean (AFTA), kata Naib Pengerusi Eksekutifnya,
Rameli Musa selepas mesyuarat agung tahunan syarikat
di Kuala Lumpur, semalam.
Ingress mencatatkan keuntungan
sebelum cukai yang lebih rendah sebanyak RM33.617
juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Januari
2003, berbanding RM37,222 juta pada 2002.
|