| KUALA
LUMPUR 17 Julai- Ingress Corporation Berhad, (Ingress),
pengeluar bingkai pintu kenderaan terbesar di ASEAN,
telah mengadakan kilang usahasama di Indonesia selepas
berjaya berkembang ke Thailand sejak tujuh tahun
lalu.
Kilang bernilai RM13 juta yang
terletak di daerah Javabeka, dekat Jakarta diadakan
secara usahasama dengan usahasama dengan usahawan
Indonesia Herman Zaini Latif melalui syarikat usahasama
PT Ingress Malindo Ventures (PT Ingress).
Ingress akan menguasai 80 peratus
dalam PT Ingress yang merupakan susulan kejayaan
kepada operasinya di Thailand, kata Naib Pengerusi
Eksekutif Ingress, Rameli Musa.
Beliau berkata, kilang itu akan
membekalkan komponen kenderaan kepada Suzuki International
Indonesia dan P.T Krama Yudha Tiga Berlian Motor
yang menjadi pengedar tunggal Mitsubishi Motor di
Indonesia.
Rameli berkata, kilang barunya
itu dijadualkan memulakan operasi pengeluaran berskala
besar pada hujung tahun ini dengan kapasiti 65 peratus.
"Dengan Mitsubishi dan Suzuki
sebagai pelanggan utama pada masa ini, kami yakin
perolehan daripada operasi pengeluaran di Indonesia
itu dijangka menyumbang RM15 juta kepada pendapatan
kumpulan mulai hujung tahun hadapan" ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada
pemberita pada siding media selepas mesyuarat agung
tahunan (AGM) keempat syarikat itu di sini, hari
ini.
Ditanya mengenai prestasi kewangan,
Rameli berkata, bagi tahun kewangan berakhir pada
31 Januari 2004, Ingress akan cuba mengekalkan tahap
keuntungan meskipun industri automotif terjejas
dengan suasana ekonomi dunia yang muram.
Katanya, pencapaian lebih positif
itu perlu, berdasarkan hasrat syarikat itu untuk
dipindahkan ke Papan Utama, Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL) dalam separuh kedua tahun ini.
Ingress, syarikat senaraian awam di Papan Kedua
BSKL, turut memiliki kilang di Nilai, Seremban dan
Bukit Beruntung, Selangor.
Bagi tahun kewangan berakhir pada
31 Januari tahun ini, Ingress catat perolehan berjumlah
RM171.651 juta tahun sebelumnya.
Keadaan ini mengakibatkan keuntungan
sebelum cukai Ingress jatuh hamper RM4 juta pada
tahun kewangan berakhir 31 Januari 2003, berbanding
RM37.222 juta pada tahun sebelumnya.
|